Hari ni nak jadi solehah sikit. Bila mengenang nasib diri yang lagi banyak dosa dari pahala membuatkan aku insaf sikit di hari Jumaat nan mulia ni :)
Aku nak bagitau korang yang aku nak try buat bisnes header. Aku TER-motivated bila teringatkan tahun lepas, ada seorang akak kat Facebook ni kata aku ada 'bakat' la kononnya dalam stuff-stuff cenggini. Padahal aku tak ada pun.
Akak tu kata dia dulu tolong family dia dengan buat header ni. Dia datang dari keluarga yang susah. Dia anak yatim, ayah dia meninggal masa umur dia 10 tahun. Dia jadi pelajar cemerlang PMR dulu dan dapat hadiah laptop. Waktu tu wi-fi dah feymes. Kat memane pun dah boleh dapat wi-fi. Jadi, tak ada masalah untuk dia jalankan bisnes header dier ni. Dia mulakan dengan buat akaun Facebook dan blog. Ramai yang jadi follower dia kat blog dulu. Ramai orang suka pergi blog dia sebab dia selalu ada design baru untuk header dan background blog dia. Kiranya blog dia selalu up-to-date. Bila ada orang cadangkan dia buat bisnes header, dia pun turut serta.
Satu header dia jual RM 5. Walaupun simple, tapi nampak kemas dan cantik. Ramai orang yang gunakan header dia untuk masa yang sangat lama sebab sayang nak tukar. Setiap bulan, income dia dapat dari jual header ni ialah lebih kurang RM 300.00. Jumlah dia makin meningkat bila tiba waktu cuti sekolah.
Dia kata dia gembira sangat dapat tolong adik beradik dia. Dia rasa puas. Dengan duit tu, dia dapat belikan barang-barang sekolah untuk 4 orang adik dia. Dengan duit tu, mak dia dapat beli sikit barang dapur. Dalam seronok cari duit dan tolong mak dan adik beradik dia, dia sebenarnya ada penyakit.
Dan..
Dia menghembuskan nafas terakhir tahun lepas bulan September kat sekolah. Masa tengah buat kerja Bahasa Arab, dia tiba-tiba jatuh dari kerusi tak sedarkan diri. Kawan yang duduk sebelah dia cuma tergelak sebab ingatkan akak tu jatuh maen-maen dan sekadar bergurau. Tapi, lepas 5 minit akak tu tak bangun-bangun.. Baru dia sedar yang akak tu dah meninggal.
Mak akak tu call aku. Suruh datang sekali masa pengkebumian akak tu. Aku datang. Aku sendiri tengok akak tu masuk liang lahad. Aku sendiri tengok adik-adik dia meraung panggil akak diorang yang takkan pernah kembali lagi ke bumi nan fana ni. Aku sendiri tengok mak akak tu yang tengah menahan tangisan. aku tahu mak dia nak hantar akak tu dengan tenang. Dia rasa dia dah banyak susahkan anak perempuan dia.
Cukuplah di waktu hidupnya mak cik susahkan dia. Biarlah dia tenang di sana..
Aku tak mampu nangis. Walaupun akak tu adalah salah seorang yang paling rapat dengan aku, setitis air mata pun aku tak boleh nak tumpahkan. Tapi jauh di sudut hati, aku rasa sedih. Orang yang me'motivate'kan aku terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan ni dah kembali pada Pencipta-Nya yang juga Pencipta aku.
Moga kau tenang di sana,kakak.
So, header yang aku nak buat aku cuma jual untuk RM 5. Aku buat simple je. Letak gambar ngan perkataan, dah siaplah header yang korang pesan tu. Semua bayaran haruslah dibuat secara bank-in. Aku akan bagi nombor akaun bank nanti. Kalau korang berminat boleh contact aku dekat Facebook Aku.
Aku ceritakan cerita kat atas tu bukan untuk meminta simpati. Cuma nak kongsikan pada korang bagaimana header boleh mendatangkan income yang lumayan dan cerita bagaimana seorang anak cuba untuk membantu keluarganya :)Note: The story is not a LIE okay?
No comments:
Post a Comment